Mitra Aircraft Technician Traning

ADVERTISEMENT

Program Details and Application


Program Juruteknik Penyenggaraan Pesawat Berlesen, adalah satu inisiatif MITRA, di bawah Jabatan Perdana Menteri, untuk membantu menaikkan taraf sosio ekonomi masyarakat India.

 

Bagi melaksanakan inisiatif pendidikan ini, MITRA telah bekerjasama dengan Weststar Aviation Services, yang merupakan syarikat pengendali helikopter terbesar di Malaysia, untuk menawarkan peluang kerjaya dalam bidang penyenggaraan pesawat kepada 100 orang belia dari komuniti masyarakat India.

 

Weststar Aviation Services telah melantik APR-Aviation Training Centre, sebuah pusat latihan penyenggaraan pesawat di bawah pentauliahan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Civil Aviation Authority of Malaysia) sebagai penyedia latihan untuk menjalankan program ini. 

Pelajar yang terpilih akan mengikuti program selama 22 bulan, termasuk sesi latihan-sambil-kerja (On-the-Job Training) dengan pesawat.  Di akhir program ini, pelajar akan ditauliahkan dengan Lesen Juruteknik Pesawat (CAAM Part 66 Category A1/A3) , satu kelayakan profesional untuk memulakan kerjaya sebagai Juruteknik Penyelenggaraan Pesawat Berlesen di Weststar Aviation Services.

                                        ADVERTISEMENT

                                        ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT